-->

AKHI English Camp 2010

AKHI Club akan menganjurkan AKHI English Camp pada 30 April-2 Mei 2o1o. Program ini akan melibatkan penyertaan mente-mentee AKHI dari kedua-dua buah sekolah, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul dan Sekolah Kebangsaan Setapak Indah yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Bertemakan "A Camping Diary", para peserta mentee dan mentor akan bermalam di sekolah sepanjang program tersebut yang pasti menjanjikan pengalaman berbeza buat mentor terutamanya yang pasti akan mengimbau kenangan di sekolah satu masa dahulu. Pengisian program ini lebih terarah kepada pemantapan "writing skill" dikalangan mentee-mentee AKHI. Keseluruhan GD (Group Dynamic) akan melibatkan modul-modul berteraskan peningkatan penguasaaan kosa kata (Vocabulary) Bahasa Inggeris dan peningkatan literasi tatabahasa Bahasa Inggeris (Grammar) dikalangan mentee. Di akhir setiap sesi modul, GD, mentee-mentee akan diberitugasan menyiapkan satu karangan berkenaan tema setiap GD. Insyaallah, tamatnya kem ini, setiap mentee akan mempunyai tujuh karangan Bahasa Inggeris hasil nukilan masing-masing. Aktiviti-aktiviti sampingan yang lain yang pasti menambah keriangan kem kali ini, antaranya AKHI Get Talent!, Pandora's House dan Get Sporty! Penyertaan mentor-mentor adalah sangat diharapkan. Diharapkan kem kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi mencapai matlamat AKHI Club, "Ke Arah Kecemerlangan Generasi Islam".
Jemput Datang ekk semua..
Jika berminat, bolehlah menghubungi Ikhmal - 012 5288940 untuk sebarang pertanyaan dan penyertaan.

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment