-->

AKHI English Camp 2010 @ SKSI







Tamatlah sudah camp selama 3 hari di SKSI, namun kemeriahannya masih terasa dek rindukan gelagat serta gelak riang mentee2 AKHI sepanjang camp. Kalau tak nakal, bukan mentee AKHI la namanya...Mungkin nama "Fakhrul" pasti meninggalkan memori buat mentor2...Kelincahannya,kenakalannya yg tak terkawal kdg2 mengatasi kawalan mentor2,sehingga ada yg menangis dek penangan nakalnya, namun kdg2 dia jugalah pencetus suasana di sana...Namun, semangat menimba ilmu yg dipamerkan mereka membakar kudrat mentor2 untuk mencurah segala yg mampu buat adik2 mentee..Memberi penekanan tentang penulisan English, mentee2 menyiapkan hampir 7 karangan Bahasa Inggeris sepanjang camp ini...Antara topik2 yg diselitkan ketika GD ialah My Self, My School, My Hobby dan My Country...Berkonsepkan pembelajaran melalui permainan, modul2 permainan dibentuk khas untuk meningglkan input yg menjana tatabahasa English dikalangan mentee untuk digunakan menyiapkan karangan yg diberikan...Tidak hanya bertumpukan akademik, pengisian rohani turut dimuatkan dalam camp ini seperti Qiyamullail pada malam pertama dan siri tazkirah...Alhamdulillah, biarpun dengan sedikit rintangan, program ini berjaya dianjurkan dgn jayanya dengan bantuan mentor2 AKHI...Semoga semangat membantu adik2 mentee terus bersemarak dikalangan mentor2 untuk program berikutnya..Ke Arah Kecemerlangan Generasi Islam..AKHI Club...

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment