-->

AKHI 4th Mentoring


Pada Ahad, bersamaan 16 Mei 2010,sekali lagi UIA digegarkan "bala tentera kecil",sape lagi kalau bukan mentee2 AKHI yang aktif sekali. Ketibaan mereka disambut akak2 dan abang2 mentor yang telah bersiap-siapan untuk mentoring AKHI yang keempat yang merupakan program AKHI yang kedua untuk sem pendek ini. Sebaik menjejakkan kaki di Edu Square,sudah kedengaran suara dan jeritan adik2 mentee AKHI. Maka berbisiklah akak2 dan abg2 mentor AKHI "Sampai dah....".. Modul English mentoring kali ini bertemakan "Ambitions and Hobbies" yang berlangsung pada sesi pagi. Ada teka silang kata, susun ayat, soalan struktur, Hangman pun ada.. Bergempita kelas2 di Edu apabila masing2 cuba menyelesaikan Hangman.."Akak,saya nk huruf H".."H xde.." balas akak mentor.. Dan disahut pula "tu la.. aku da kata xde H" oleh mentee yang lain..Begitulah suasananya.. Komiti modul juga menyelitkan nyanyian lagu sebagai salah satu modul mereka.. Memang interaktif.. Selepas selesai menjamah dan solat zuhur,sesi tilawah pula menyusul.. Tekun benar akak2 dan abg2 mentor membantu adik2 mentee memperbaiki bacaan mereka.. Harapnya,lepas ni bertambahlah adik2 mentee di Level 3.. Modul sahsiah menyentuh tentang kewajipan solat dlm kehidupan seharian mereka..
 
Sesi permainan yang memasukkan elemen pelajaran di sesi pagi memang menggamatkan.. Akhirnya,semua dapat hadiah.. Nyum2, dapat hamper makanan..

Lebih kurang 5.30 petang,beransurlah adik2 pulang.. Biarpun kepenatan, mentor2 mengambil kesempatan naik bas sekali menghantar mereka pulang ke sekolah masing2.. Selepas sesi postmortem dan mengemas Edu Square, giliran mentor2 pula melangkah pulang.. Pastinya masing2 keletihan.. Sekalung penghargaan buat mentor2 atas komitmen anda.. Jumpa di program yang berikutnya ekk..=)..

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment