-->

Mana Satu Nak Pergi Ni?


Dilemakah? Hujung minggu ni, ada dua program yang melibatkan AKHI Club..AKHI Ibadah Camp dan juga kursus anjuran CENSERVE.  Satu bertempat di SKBBS dan satu lagi bertempat di Hotel Seri Malaysia Genting.. AKHI Club diminta menghantar 3 orang wakil ke kursus tersebut, maka bertolak-tolaklah antara trainers, sape yang nak ke Genting..Sebabnya,semua nak pergi Ibadah Camp kt SKBBS.. Punya la rindukan keletah mentee2 AKHI sampai sanggup ditolaknya tawaran ke Genting.. Tambahan pula kem, mahu riuh rendah dibuatnya mentee2 cilik AKHI ni.. Akhirnya, wakil AKHI telah pun diputuskan dan mereka akan membawa nama AKHI Club ke kursus tersebut.. Jika di SKBBS pengisiannya tertumpu kepada penerapan akhlak mulia di kalangan mente, kursus kali ni lebih menjurus kepada perancangan kelab serta penggunaan “Balance Scorecard” sebagai asas perancangan serta penilaian kelab.Wah, semakin mantap AKHI nanti.. Apa2 pun, diharapkan kedua-dua program yang melibatkan AKHI dapat memantapkan lagi AKHI dalam memberi khidmat kepada pelapis2 generasi Islam.. Teruskan Usaha..

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment