-->

AGM 2010/2011

Alhamdulillah. AKHI Club membuka tirai tenure baru dengan menjayakan Annual General Meeting (AGM) 2010/2011 pada 15 Disember 2010 yang lalu. Bertemakan ‘Zaman Melayu Silam’, semua trainer dan mentor lelaki mengenakan baju melayu, seluar slack serta kain pelikat yang dipakai di atas kepala. Mereka mewakili penduduk kampung. Bagi mentor perempuan, lengkap berbaju kurung kain cotton dan mengenakan kain batik di atas kepala mewakili penduduk kampong perempuan manakala trainer perempuan berbaju kurung songket dengan selendang yang diselempangkan di bahu, mewakili puteri-puteri zaman Melayu lama.

AGM dimulakan dengan bacaan Asma Ul-Husna dan lagu AKHI Club. Kemudian sebagai gimik mesyuarat pada malam itu, pihak trainers telah mempersembahkan satu lakonan yang mana jalan ceritanya sedikit-sebanyak berdasarkan dua filem Melayu lama iaitu “Seniman Bujang Lapuk” dan “Puteri Gunung Ledang”. Dengan sebuah skrol yang dibawa oleh seorang trainer yang memegang watak sebagai ibu Puteri Gunung Ledang, maka secara rasminya AGM pada malam itu dirasmikan oleh Penasihat AKHI Club Encik Khairulzain Abd Rahman atau lebih mesra disapa sebagai Abang Khairulzain di kalangan ahli-ahli AKHI Club.

Laporan setiausaha dan kewangan bagi tenure yang terdahulu telah dibentangkan oleh AKHI Club Secretary General dan Financial Controller. Begitujuga dengan keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan pada tenure yang lalu. Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi bertukar-tukar hadiah sesama mentor dan trainers. Berbagai-bagai ragamlah setiap orang apabila menerima hadiah masing-masing.

Salah satu tujuan AGM diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa (management committee) yang lama serta melantik ahli-ahli jawatankuasa (management committee) yang baru. Tidak lupa juga sebagai penghargaan kepada mentor-mentor yang telah banyak bersama-sama trainers bagi menjayakan semua aktiviti AKHI Club. Bagi tenure 2010/2011 beberapa jawatan masih lagi dikekalkan oleh ahli lama manakala seramai 6 orang ahli yang baru dilantik bagi mengisi beberapa jawatan dalam management team AKHI Club. Tahniah dan syabas kepada semua yang baru dilantik mahupun yang sudah lama. InsyaAllah semoga semua dapat bekerjasama dengan baik dalam menuju visi dan misi AKHI Club. Caiyok! Caiyok! Ganbate kudasai! ^_~

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment