-->

KEM MENTORING AKHI

Alhamdulillah. Semua committee dan mentor yang terlibat dalam Kem Mentoring Akhi pada 12 dan 13 haribulan Februari yang lalu mampu mengucapkan rasa lega dan syukur yang tidak terhingga kerana dengan sukacitanya telah menjayakan kem ini yang telah sekian lama tertangguh. Bertempat di sekolah Kebangsaan Setapak Indah, seramai 40 orang mentor termasuk committee dan 65 orang mentee dari Sekolah Kebangsaan Setapak Indah dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul telah menyertai kem ini.
Hari pertama berkumpul
Objektif kem ini adalah untuk saling mengenali dan merapatkan jurang antara mentor dan mentee, mentee dan mentee serta tidak ketinggalan antara mentor sesama mentor sendiri memandangkan ini adalah mentoring pertama untuk penggal 2010/2011 ini. Bertepatan dengan objektif tersebut, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan menjurus kepada berkongsi cerita tentang diri sendiri seperti biodata diri, buah-buahan kegemaran, dan hobi.
Permainan membawa bola ping pong
Terdapat juga aktiviti yang memerlukan setiap ahli kumpulan bekerjasama dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Melalui pemerhatian abang-abang dan kakak-kakak AKHI, adik-adik mentee kali ini dapat mewujudkan hubungan mesra dengan mentor-mentor mahupun sesama mereka dengan sangat cepat. Tidak dapat dinafikan abang-abang dan kakak-kakak sangat teruja dengan perkembangan ini memandangkan ini baru perjumpaan pertama =)
Beriadah bersama-sama
Pada hari seterusnya, adik-adik mentee ditekankan tentang kebaikan amalan menabung dan berjimat-cermat. Adik-adik mentee kelihatan seronok ‘dijamu’ dengan lakonan abang-abang dan kakak-kakak mentor yang bertungkus-lumus melakonkan watak dengan baik supaya adik-adik dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh abang-abang dan kakak-kakak mentor. Selesai lakonan, adik-adik mentee diminta menulis pengajaran yang didapati daripada lakonan tersebut. Ramai yang menjawab dengan betul dan bersetuju dengan kebaikan amalan berjimat-cermat dan menabung seperti yang diterangkan.
Sesi bersama 'alien'
  Seperti biasa, mentoring AKHI diakhiri dengan tepuk-tepuk terima kasih serta aktiviti bersalaman antara mentor dan mentee. Permulaan baik yang dapat dilihat dalam mentoring ini memberi semangat kepada para mentor untuk terus memberikan yang terbaik kepada adik-adik mentee. Semoga usaha kita untuk terus berjuang membawa adik-adik kita ke jalan yang diredhaiNya tidak akan terputus di pertengahan jalan. Dan semoga Allah mempermudah urusan untuk kita. InsyaAllah.

Jumpa lagi di Mentoring Kedua! Tak sabarnya! =P

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment