-->

AKHI BRONZE WORKSHOP


Alhamdulillah pada 26/2/2012 bertempat di UIAM, Akhi Club telah selesai mengadakan Bronze Workshop. Program ini dijalankan untuk memberi latihan kepada mentor-mentor Akhi Club yang bertemakan 'Event Management'. Selain itu, program ini juga mendedahkan mentor-mentor berkenaan 'Job Scopes' dan juga 'Programme Procedures'. Kebanyakan aktiviti diadakan secara berkumpulan, mentor dikehendaki berbincang apakah jawatan dan tugas-tugasnya untuk melaksanakan mentoring.


 semua bagi tumpuan dan fokus..


alolo..comelnye buat tepuk-tepuk donat
senaman tak nak bagi mengantuk..jum belajar tepuk-tepuk Akhi
bersemangatnya mentor (zamri) kita..hihi..
ape yang penting..KERJASAMA

khusyuknya mentor-mentor kita berdiskusi

Presenter membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing
Pada sesi petang, mentor-mentor dikehendaki mempraktikkan apa yang dipelajari pada sesi pagi. Aktiviti ini diadakan dalm bentuk explorace yang bertujuan untuk memantapkan lagi latihan 'event management'.
ada ape kt CPD ni?..

Setiap misi dan aktiviti di chek point semuanya ada tujuan dan objektifnya tersendiri. Belajar sambil berseronok.

haha..asalnya gambar katak, tak tahu la macam mana boleh transform jadi kucing, tapi tak macam kucing..kretif nya..

chek point terakhir..HIBURKAN SAYA..yeay, terhibur


Itulah ragam-ragam mentor kita di Bronze Workshop. Semoga latihan yang diberikan dapat di manfaatkan bukan sahaja dalam Akhi Club malah untuk semua program yang anda sertai. Moga-moga gabungan kita bersama mampu membawa Akhi Club mencapai visi dan misi. Semoga dengan latihan ini mampu memberi gambaran kepada mentor-mentor How to handle mentoring nanti!

Ini saja untuk post kali ini, kite jumpa lagi di First Mentoring ye rakan-rakan sekalian. kali ini kita akan bersama mentee-mentee yang comel. Jom sama-sama memeriahkan Akhi sambil belajar dan mengajar adik-adik mentee kita nanti. Semoga dakwah kita di nilai Allah dan diberkati. ameeen.

Towards the Excellent of Islamic Knowledge


Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment