-->

Mentoring Pertama AKHI

Salam sejahtera semua.. Edisi kali ini akan menceritakan berkenaan mentoring pertama AKHI untuk tahun ini.

Pada 4 Mac yang lalu, Kelab AKHI telah mengadakan program mentoring yang pertama bersama-sama dengan adik-adik mentee Sekolah Setapak Indah dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Sejajar dengan tema "Pretty in Islam", Mentoring kali ini bertujuan untuk  mendedahkan adik-adik mentee berkaitan perihal aurat di samping menambah pemahaman mereka terhadap pergaulan sesama berlainan jantina.

Sewaktu "Mass Gathering" diadakan

Sebahagian mentor yang hadir

Sesi Tilawah

Nilai AKHI

Mentor memberi tunjuk ajar kepada mentee berkaitan modul yang dijalankan

Berusaha untuk mengelak bola ping pong daripada jatuh.



Sesudah mentoring.

"Nilai AKHImodul yang dipanggil "Fesyen Si cilikdilaksanakan untuk mendidik adik-adik mentee tentang cara berpakaian menurut syariat Islam. Aktiviti praktikal kemudian dilakukan dalam modul yang kedua iaitu "Islam Di Hatiku". Modul ini bertujuan memupuk dan menekankan cara yang betul apabila berinteraksi dengan berlainan jantina seperti mana yang dituntut oleh Islam. Bukti ayat al-Quran berkaitan dengan aurat dan adab di perkenalkan kepada adik-adik mentee sewakti sesi "Usrah AKHI ". Kesimpulannya, penjagaan aurat dan cara interaksi antara lelaki dan perempuan adalah perkara yang ditekankan kepada semua adik-adik mentee seperti mana yang dirumuskan di dalam sesi "Pesan AKHI".

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment