-->

Mentoring Ke Enam AKHI

Assalamualaikum..
Apa khabar kakak-kakak & abang-abang mentor??  Tak lupa adik-adik mentee?
Macam mana dengan ibadah puasa setakat ni? Mudah-mudahan ramadhan pada kali ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas..

Adik-adik ingat tak mentoring ke enam yang berlangsung 2 minggu yang lepas? Kalau samar-samar jer ingatan tu, mari kita imbas kembali apa yang berlaku pada hari tersebut..



Bertempat di LT 2 Kuliah Kejuruteraan UIAM, telah berlangsung mentoring ke enam AKHI pada 15 Julai 2012. Betemakan Khalifah Kecil AKHI, mentoring pada kali ini bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan adik-adik mentee mengenai tanggungjawab mereka sebagai khalifah kecil di muka bumi Allah ini.

Program mentoring pada kali ini ada sedikit kelainan berbanding mentoring-mentoring yang lepas kerana pada mentoring kali ini ada beberapa slot yang telah ditambah. Ianya adalah slot solat dhuha, kuiz tajwid dan juga tazkirah. Mentoring pada kali ini juga berlangsung dengan kerjasama Abang Irfan daripada PDRM yang juga merupakan senior trainer AKHI. 

Mulakan program dengan Asma Ul Husna.
Di susuli dengan lagu Wawasan AKHI.


Bertolak ke surau untuk slot Solat Dhuha.


Abang Irfan memberi sedikit tazkirah mengenai kelebihan solat Dhuha.


Slot Gula-Gula Jiwa AKHI. 
Selain syahadah dan zikir, adik-adik mentee juga belajar doa melihat cermin.


Slot Tilawah


Abang Irfan mengetuai slot Kuiz tilawah. Ada ganjaran yang diberi kalau dapat jawab soalan.


Slot Nilai AKHI.
Kakak mentor memberi penerangan kepada adik-adik mentee mengenai situasi yang berlaku pada masa sekarang.

 Contohnya, situasi masyarakat kurang pendidikan.


Adik-adik mentee melakonkan watak mereka dan memberi penerangan bagaimana mereka (sebagai khalifah) boleh menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat tersebut.


Slot Usrah AKHI.
Adik-adik mentee belajar beberapa doa. Contohnya, doa dimurahkan rezeki. 


Sesi Tazkirah bersama ustaz daripada PDRM.


Antara yang hadir pada mentoring kali ini.


Selesai sudah mentoring ke enam pada 2 minggu lepas bermakna berakhir juga mentoring untuk semester ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua mentor di atas segala penyertaan dan pengorbanan sepanjang 3 minggu mentoring berlangsung. Semoga apa yang kita lakukan dan korbankan diberkati oleh Allah. 

Mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk berjumpa lagi pada program yang seterusnya iaitu Program berbuka puasa AKHI yang akan berlangsung pada 28 Julai ini di Coliseum Kejuruteraan UIAM. Jumpa di sana. ~Ke Arah Kecemerlangan Generasi Islam~ 


Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment