-->

Mentoring Keempat AKHI

assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Pada kali ini, mari kita lihat apa yang berlaku pada program mentoring keempat AKHI yang berlangsung pada 1 Julai yang lepas.. =D



Program mentoring pada kali ini bertemakan jarum benang AKHI. Objektif program pada kali ini ialah untuk mengajar adik-adik mentee mengenai asas-asas jahitan. Contohnya, jahitan jelujur, silang pangkah dan jahitan butang.   Program mentoring yang bertemakan jahitan ini baru pertama kali diperkenalkan pada tahun ini. Reaksi positif daripada adik-adik mentee dapat dilihat sepanjang program mentoring ini berlangsung. 

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang berlaku sepanjang program ini berlangsung, mari lihat gambar-gambar di bawah. Bak kata pepatah, sekeping gambar boleh menceritakan 1001 kisah. ^^

setibanya adik-adik mentee di Edu Square. 


sebelum mulakan program, kita makan dulu. 
menu: nasi goreng + telur mata dan air teh.


modul pertama yang dijalankan. Gula-gula Jiwa AKHI


betapa khusyuknya adik mentee ni menjahit. siapa kata lelaki tak minat menjahit..


Sepanjang sesi Nilai AKHI berlangsung, suasana menjadi senyap dan tiada suara kedengaran. Ini adalah kerana adik-adik mentee terlalu fokus menyiapkan jahitan mereka.  


 walaupun pertama kali belajar asas-asas jahitan, adik-adik mentee dapat menghasilkan Uncang Emas ini. 


Berbangga dengan produk yang dihasilkan. 


Belajar mengenai alatan-alatan menjahit dalam sesi Usrah AKHI.


Alhamdulillah program mentoring keempat ini berjaya dijalankan seperti yang dirancang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua komiti dan mentor yang hadir. Semoga niat ikhlas kita untuk membantu adik-adik mentee ini diberkati oleh Allah. Kepada kakak-kakak mentor, abang-abang mentor, dan adik-adik mentee, jangan lupa datang ke program mentoring kelima yang akan diadakan pada 8 Julai ini di Taman Layang-Layang. Sekian. ~Kearah Kecemerlangan Generasi Islam~     

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment