-->

Mentoring Kelima AKHI

Assalamualaikum..

Bertempat di Taman Metropolitan yang juga dikenali sebagai Taman Layang-Layang, Kepong, Kelab AKHI telah berjaya mengadakan program mentoring yang kelima untuk adik-adik mentee daripada Sekolah Kebangsaan Setapak Indah dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Untuk makluman semua, program mentoring Kelima AKHI ini merupakan program mentoring pertama pada tahun ini yang dijalankan diluar UIA. 

Bertemakan 'AKHI Let's Go Green', program mentoring pada kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada adik-adik mentee mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Bersesuaian dengan tempat yang dipilih iaitu kawasan yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan, modul yang dijalankan dilihat berjaya memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar di kalangan adik-adik mentee. 


Setibanya adik-adik mentee di Taman Layang-Layang.


Sebelum mulakan program, kita bersenam dulu. Badan sihat otak pun cergas..


Sarapan pagi.
Menu: Mee goreng + Air kotak Laici


Sesi Gula-Gula Jiwa AKHI.
Selain syahadah dan zikir, adik-adik mentee juga belajar doa memakai baju.


Nilai AKHI.
Abang Adnin menerangkan mengenai proses fotosintesis kepada adik-adik mentee.


Adik-adik mentee mencipta bekas meletak alat tulis daripada bahan-bahan kitar semula yang telah disediakan.


Mencari gula-gula dalam tepung.
Gula-gula diibaratkan telah dicemari oleh tepung. 
Signifikasinya, ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada adik-adik mentee mengenai kesan-kesan pencemaran kepada alam sekitar. 


Adik-adik mentee fokus menyelsesaikan puzzle yang diberikan.


Waktu rehat.
Menikmati roti, kek dan air kotak Dutch Lady setelah penat berjalan dan berlari semasa sesi Nilai AKHI.


Usrah AKHI.
Adik mentee cuba menyelesaikan teka silang kata yang berkaitan dengan alam sekitar.


Ayat Al-Quran dan Hadith berkaitan alam sekitar telah diterangkan kepada adik-adik mentee di penghujung sesi Usrah AKHI.


Adik-adik mentee beratur untuk balik ke sekolah masing-masing pada akhir program.
Di tangan mereka merupakan buah tangan untuk program kali ini iaitu pokok Kaktus.


Mentoring kelima ini berjaya dijalankan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada abang-abang dan kakak-kakak mentor serta adik-adik mentee kerana telah memberikan sepenuh komitmen sepanjang program ini berlangsung. ~Ke Arah Kecemerlangan Generasi Islam~

nota: abang-abang dan kakak-kakak mentor, serta adik-adik mentee, jangan lupa siram pokok kaktus 3 hari sekali yer.. ^^

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment