-->

Puasa dah dekatttt!!!!

Assalamualaikum adik-adik =D

Apa khabar semua? Macam mana perasaan? Tiap-tiap minggu ada AKHI kan? Seronok tak? Oh ye, uncang yang adik-adik jahit hari tu adik-adik simpan apa dalam tu? Simpan duit lebih belanja sekolah pun elok kalau tak ada tabung. Hehe.

Haaa... pokok kaktus siram tak? Tak siram?! Alamak, mati la pokok tu nanti. *nangis*. Jangan lupa siram tau. Kesian pokok tu. Dia pun nak makan dan minum macam kita juga.

Ok, adik-adik. Minggu ni tak ada AKHI. Tapi kita semua akan sambut bulan paaaaaaaallliiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnngggg mulia dalam Islam. Bulan Ramadhan? Bagus! Pandai adik-adik AKHI.  Hehe. Bulan Ramadhan atau kita selalu panggil bulan puasa ni seronok tau. Sebab bila kita buat baik je semua pahala kita digandakan kepada 10. Haa, kalau selalu adik tolong mak dapat 1 pahala. Tapi kalau bulan Ramadhan ni adik tolong mak ke tolong cikgu ke dapat 10 pahala. Wah, banyak tuuu! Eh, tapi lepas bulan Ramadhan jangan tak tolong mak pulak sebab dapat sikit pahala. Sikit ke banyak ke, sebagai anak yang baik, kita mesti akan tolong kan? Ikhlas2x macam kartun ni cakap :)



Adik-adik mesti nak puasa penuh kan? kan? kan? Jadinya, adik-adik kena sahur. Bila kita sahur, kita ikut sunnah nabi. Sayang nabi Muhammad kan? Jadi kita ikut sunnah nabi. Lagipun bila kita sahur, insya Allah kita ada tenaga nak belajar dalam kelas. Tak adalah nak tidur je. Oppss! Jangan terasa!. Sebaik-baiknya, masa sahur tu makan kurma dan minum air masak banyak-banyak. Kenapa pulak? Sebab dalam kurma tu ada bahan yang boleh beri kita tenaga sepanjang hari. Jadi, makanlah kurma. Kalau tak suka, sebiji pun jadilah. 

Oh, adik-adik! Puasa, puasa juga tapi solat pun mesti penuh tau. Semua kasi penuh. Hehe. Solat 5 kali, puasa daripada pagi sampai maghrib. Tak cantiklah solat subuh, zohor, maghrib tapi tak solat asar dengan isya'. Tak cunlah kalau puasa sampai tengah hari je. Ish ish ish.

Cukup sampai sini dulu. Nanti kita cerita lagi apa boleh kita buat masa bulan Ramadhan ni ok? Jom dengar lagu ni ^_^v


Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment