-->

IIUM Talented Kids Project :D Calling for Committees

Tarikh       : 28 September - 1 Oktober 2012
Hari           : Jumaat - Isnin
Tempat     : UIAM & Hulu Langat
Penganjur : Kelab AKHI UIAM
Penaja       : Yayasan 1MDB- Dana Belia 1Malaysia

Haa apa tunggu lagi? Inilah masa untuk kita terus membantu adik-adik. Ini tanggungjawab sosial kita. Insya Allah ada ganjarannya di akhirat :)


  • Projek ini akan berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula 28 September dan berakhir pada 1 Oktober 2012. 
  • Excuse letter akan disediakan sebab kita terpaksa tidak hadir kelas pada hari Isnin, 1 Oktober 2012.  
  • Seramai 50 orang committees diperlukan. 25 brothers dan 25 sisters. So, siapa cepat isi borang yang disediakan di bawah atau menghantar maklumat peribadi (beserta saiz t-shirt) kepada no telefon yang tertera pada poster, dia lah yang dapat. 
  • Secara dasarnya program ini akan memberi penekanan kepada modul skil kehidupan dan menyuntik  semangat keusahawanan dalam jiwa adik-adik. 

Pesanan daripada Program Manager:

"Sebelum mendaftar untuk menjadi committee, betulkan niat terlebih dahulu. Lakukanlah kerana Allah. Bukan kerana jumlah bajet yang diperuntukkan, bukan kerana tempat yang diluar UIA, bukan kerana girlfriend/boyfriend yang turut sama mendaftar, bukan untuk bangga diri. Lakukanlah kerana Allah. Kerana Allah. Kerana Allah. Kerana ingin melihat ummat ini, generasi adik-adik ini mampu menjadi Muslim yang berguna, yang berusaha dengan bakat yang ada dan yang juga kaya kerana kebolehan dan bakat kurniaan Ilahi yang digunakan sebaiknya".
"Sebelum atau setelah berjaya dipilih menjadi committee, lihat almanac AKHI yang ada dilampirkan dalam blog ini. Ini sangat penting memandangkan tarikh berkenaan sudah hampir ke pertengahan semester. Bermakna, akan ada test, quiz dan mungkin assignment yang perlu dihantar. Justeru, dengan melihat kalendar dapatlah kita menyusun jadual belajar kita supaya tidak ketinggalan. Janganlah kerana sibuk dengan persiapan projek ini, pelajaran diabaikan. Bukan mentor gelarannya itu. Kalau namanya mentor, jadikanlah diri benar-benar seorang mentor hatta kepada sahabat mentor sendiri! Tidak hanya mentor pada pandangan adik-adik mentee".

Ok, itu sahaja untuk entri makluman ini. Lai lai lai :)



Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment