-->

Selamat Hari Raya :D


Salam 'Idul Fitri buat adik-adik mentee semua !
Puasa cukup sebulan tak? Kalau tak cukup, ish! tak boleh raya ni. Hehe.. 
Taklah, kenapa tak cukup puasa?
Demam? Pengsan dekat sekolah?  
Kalau tahun ini tak cukup puasa sebulan, tahun depan adik mesti azam untuk puasa penuh. Ok?
Sebab bila kita puasa baru kita rasa macam mana perasaan kawan-kawan kita dekat Palestin, Syria dan tempat-tempat lain yang selalu tak cukup makanan. Kesian mereka. Huhu.
Bila kita puasa, perut kita cakap terima kasih tau dekat kita. Haa? Betul ke??
Betul. Sebab, bila kita makan perut kita kena proses makanan tu. Cuba adik kira, satu hari berapa kali kita makan? Pagi, tengah hari dan malam. Itu makan yang berat. Belum lagi makan makanan ringan lepas balik sekolah tu kan? Hehe. Kesian perut kita, tak sempat nak rehat. Asyik kena proses makanan je. Jadi, bila bulan puasa ni lah perut dapat rehat sekejap. Oh ya, bila kita puasa kita akan jadi orang yang baik. Aik? Macam mana tu? Haa, masa puasa kan kita lapar. Bila kita lapar, nak marah orang ke nak pukul orang ke semua kita tak berapa nak larat. Kalau mencarut nanti pahala puasa kurang. Rugi tu. Penat-penat lapar dan haus tapi tak dapat pahala. Bila kita nak pahala, mestilah kita tak buat semua tu kan? Bila kita tak buat benda macam tu kita jadilah orang baik. :) Dan yang paling best sekali bila puasa penuh, mestilah seronok raya! Hehe


Haa.. kakak, abang, adik semua....
Jom buat apa yang dicadangkan oleh Productive Muslim ni!

Akhir kata, Kullu 'am wa antum bil kheir :)



Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment