-->

Censerve Humanitarian Expo 2013


Censerve Humanitarian Expo telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 13-15 Februari 2013. Ekspo ini dikendalikan oleh Censerve Shura Team. Semua kelab di bawah naungan Censerve termasuk AKHI turut bersama membuka booth sepanjang program ini.

Ekspo ini membuka peluang kepada kami untuk
menerangkan tentang AKHI secara lebih mendalam kepada para pengunjung. Mentor-mentor baru AKHI juga direkrut sepanjang 3 hari ini sebagai pelapis untuk AKHI pada masa akan datang.

Pendaftaran baru di booth
Alhamdulillah, booth AKHI antara booth yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga UIA. Untuk rekod, tahun ini merupakan tahun yang paling ramai bilangan mereka yang mendaftarkan diri sebagai mentor AKHI. Berkat usaha gigih mentor-mentor AKHI sedia ada yang tidak henti-henti mempromosikan AKHI kepada para pengunjung






International student juga tidak terkecuali

AKHI juga tidak melepaskan peluang membuat persembahan senamrobik "Hok Aloh" yang popular di kalangan adik-adik AKHI di hadapan para pengunjung. Senaman ini diketuai oleh alumni AKHI, Brother Sayed.

Senaman Hok Aloh !
Selamat datang diucapkan kepada keluarga baru AKHI, semoga kita akan terus bersama sehingga penghujungnya :)

Assalamualaikum

Share this:

CONVERSATION

2 comments :

  1. Tahniah Akhi Club. Semoga berjaya mendidik anak-anak bangsa :)

    -Tulip

    ReplyDelete