-->

Mass Gathering 2013 !

Mass Gathering AKHI Club telah berjaya disempurnakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua bakal-bakal mentor AKHI yang sanggup berjalan jauh ke program kami dan meluangkan masa lebih kurang 2 jam untuk bersama-sama dengan AKHI Club pada malam tersebut.

Tak sabar mendaftar


Pengerusi majlis yang kacak bergaya
Program dimulakan dengan bacaan doa, Asmaul Husna dan lagu Wawasan AKHI. Kemudian sesi penerangan dan perkongsian mengenai AKHI oleh Presiden AKHI Club, Mohd Nur Fadzly Basar dan diteruskan dengan sesi perkenalan dengan barisan pimpinan AKHI. 

Pembentangan meyakinkan oleh Presiden AKHI

Trainers AKHI (brothers) 

Kemudian program diteruskan dengan pembentangan modul oleh Head Board of Module, Nur Salwanie Mahari sebelum diteruskan dengan penjelasan mengenai training dan faedah yang bakal diperoleh apabila menyertai AKHI Club oleh Head Board of Mentor. Zamri Abd Gani




Terbukti anda semua telah berjaya mencipta sejarah tersendiri, dengan jumlah penyertaan seramai 127 orang, ini merupakan jumlah yang agak besar untuk mass gathering kelab mentoring di bawah CENSERVE. Semoga kita bertemu lagi untuk program AKHI yang akan datang :)

Respon yang baik dari pihak CENSERVE :)

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment