-->

Training of Trainers 2013

Alhamdulillah, Training of Trainers (ToT) untuk tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Sabtu (26 Januari) sehingga Isnin (28 Januari). Tahniah kepada semua yang telah mengorbankan sedikit masa bercuti semester untuk menjayakan program ini.



Training of Trainers merupakan program
pertama AKHI setiap tahun dan pesertanya terdiri daripada barisan pimpinan baru AKHI (trainer) untuk sesi 2012/2013. Hari pertama program ini diadakan di UIA sebelum bergerak keesokan paginya ke Ancasa All Suites, Port Dickson.

Hari pertama dimulakan dengan sesi pembentangan/motivasi oleh saudara Presiden AKHI, Fadzly dengan tajuk `Leader of Today` sebelum disambung sesi Group Dynamic  `Communicate Better` oleh Naib Presiden 1 AKHI, saudara Hadi. Kemudian, aktiviti bersambung dengan taklimat tentang Balance Scorecard, Key Performance Index (KPI) dan Almanac oleh saudari Naib Presiden 2 AKHI, Nur Syuhada.


Taklimat oleh Naib Presiden 2, Nur Syuhada



Sesi Group Dynamic 1

Setibanya di Port Dickson, program disambung dengan brainstorm balance scorecard, beberapa lagi modul Group Dynamic, dan lain-lain sehingga selesai program.


 Pembentangan perancangan modul oleh Head of Module, Saudari Salwanie 


Sesi Brainstorming



Apa yang menariknya tentang ToT kali ini, setiap trainer AKHI diberikan masa selama 15 minit seorang untuk memberikan pidato/motivational talk sepanjang program. Perkara ini amat membantu para trainer AKHI untuk mengasah bakat berpidato dan sekaligus membantu menambah keyakinan untuk bercakap di hadapan. Alhamdulillah, semua trainer AKHI berjaya memberikan pidato mereka dengan penuh bersemangat !





Antara trainer AKHI yang sedang asyik memberikan pidato

Semoga dengan selesainya program ini, AKHI akan sentiasa ke hadapan. Semoga apa yang dirancang dapat dijayakan dengan bantuan mentor-mentor baru AKHI yang akan dilantik tidak lama lagi :)

Disediakan oleh,
Multimedia Unit,
AKHI 2012/2013

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment