-->

Mentoring Ke-2 AKHI

Alhamdulillah, baru sahaja selesai mentoring kedua AKHI pada pagi hingga tengahari ini (6 April) bertempat di tapak bazaar di hadapan masjid UIA.


Mentoring pada hari ini bertemakan 'Keusahawanan' . Adik-adik mentee diajar mengenai cara dan adab yang betul ketika berurus-niaga, menjadi seorang peniaga yang
beretika, jujur, amanah dan sebagainya selari dengan syariat Islam.






Bagi modul utama pada hari ini, adik-adik mentee telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan bahan-bahan terpakai untuk mencipta satu produk yang dapat menarik perhatian para pembeli. Mentor memainkan peranan untuk memberi tunjuk ajar kepada adik-adik

antara produk yang berjaya dihasilkan




Sebelum mentoring kedua bermula, AKHI Club juga telah menganjurkan bazaar di hadapan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH),UIA dan turut membuka gerai jualan bersempena dengan 'Minggu Keusahawan AKHI' bermula '2-6 April 2013'.



Diharapkan agar ada adik-adik mentee AKHI dapat menjadi usahawan yang berjaya dan amanah suatu hari nanti :)

Share this:

CONVERSATION

2 comments :