-->

AKHI Grand Usrah Night





Pada 19 Mei (Ahad) yang lalu, Kelab AKHI telah mengadakan Grand Usrah bertempat di EDU Square , UIA. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli, solat hajat untuk peperiksaan akhir semester, dan perjumpaan terakhir bersama mentor-mentor yang bakal meninggalkan
UIA (grad)

Seawal jam 2 petang mentor-mentor telah bertungkus lumus merewang bersama-sama, memasak, dan membuat persiapan untuk makan malam.



Program dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan Solat Hajat. Kemudian program diteruskan pula dengan Forum berkaitan Ukhwah sesama Muslim bersama moderator ( Hadi, V.P1 Akhi) , dan 2 ahli panel (Shahidan, Asst. Head Module Akhi) dan (Fadzly, Presiden Akhi). Semua kelihatan seronok dan bersemangat mendengar ulasan menarik melalui forum ini.



Selesai forum, program diteruskan dengan Solat Isya' berjemaah. Acara kemuncak pada malam ini adalah makan malam sambil berBBQ bersama-sama.


Program berakhir seawal jam 11 malam. Diharapkan dengan berakhirnya Grand Usrah pada malam itu, dapat merapatkan ukhwah sesama ahli AKHI Club dan secara tidak langsung memudahkan perjalanan program sepanjang tahun ini. ^^






*2 minggu sebelumnya iaitu pada 9 Mei 2013, AKHI Club juga telah mengadakan Silver Training kepada semua mentor-mentor.. (akan datang)

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment