-->

I LOVE RASUL 2013

"I LOVE RASUL" merupakan antara program terbesar Kelab AKHI pada tahun ini telah selesai dengan jayanya. Program selama seminggu ini bermula dari 11 Jun hingga 17 Jun 2013, bertempat di Kg Parit Ibrahim, Pontian, Johor. Seramai lebih kurang 60 ahli kelab AKHI telah menyertai program ini.

Keratan Akhbar Harian Metro
11 Jun 2013 (Selasa)
Program ala baktisiswa ini dimulakan dengan majlis penyerahan peserta kepada keluarga angkat masing2. Mereka akan tinggal bersama selama seminggu hingga tamat program.

.
.


Setelah selesai majlis, peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diarahkan untuk menyebarkan risalah2 kepada seluruh penduduk kampung berkenaan kehadiran dan program yang bakal dianjurkan.

12 Jun 2013(Rabu)

Hari kedua program dimulakan dengan aktiviti EXPLORACE seawal jam 7.30 pagi. 5 checkpoint ditempatkan di serata kawasan kampung.

EXPLORACE
Kemudian, aktiviti merewang bersama selepas zohor menyediakan bubur lambuk kepada tetamu forum pada malam harinya.

Merewang

Pada malam harinya, telah diadakan forum yang bertajuk " Andai Rasulullah bersama Kita" yang menampilkan panelis hebat, antaranya Imam Muda Nazrul, Ust Wan Yusli, Ust. Rilizam Rusli, dan Presiden Kelab Akhi, Fadzly Basar selaku moderator.

Forum "Andai Rasulullah Bersama Kita"

13 Jun 2013(Khamis)

Hari ketiga program ini, pihak Biro Perhubungan Awam "ILOVERASUL" telah menjemput pihak hospital melakukan rawatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk kampung, dan pihak Bomba untuk mengadakan latihan kebakaran di Sekolah Kebangsaan Pontian Besar.

Latihan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Pontian


14 - 16 Jun 2013 (Jumaat - Ahad)

I-LOVERASUL juga merupakan gabungan baktisiswa dan kem motivasi selama 3 hari. Kelab AKHI telah ditugaskan menyediakan modul dan menguruskan "KEM MOTIVASI ANAK SOLEH" untuk pelajar tahun 4,5 dan 6 di sekolah berhampiran - Sekolah Agama Pontian Besar

http://youtu.be/ozJaJED-cwM (Link Youtube)

Antara modul yang telah dijalankan semasa kem ini termasuklah cara bertayammum, teori dan praktikal sembelihan, sukan rakyat, persembahan pelajar,sesi muhasabah dan lain-lain.

Sukan Rakyat

16 Jun 2013 (Ahad)

Pagi hari ini dimulakan dengan gotong-royong bersama penduduk kampung. Sebanyak 10 papan tanda dengan zikir tahlil, tahmid, dan takbir telah dinaikkan setiap 100 meter sepanjang jalan Kg. Parit Ibrahim.

Papan tanda yang belum siap dipasang

Malam terakhir program ILOVERASUL diteruskan dengan malam kebudayaan bersama keluarga angkat dan penduduk . Pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, pertandingan spontan antara keluarga angkat, persembahan lakonan pentomen dan lain-lain.

Pertandingan Spontan bersama Keluarga Angkat
Pentomen

Malam kebudayaan ini dimulakan dengan tilawah Al-Quran dan nasyid oleh pelajar sekolah daerah Pontian.

Tilawah Al-Quran
Nasyid
17 Jun 2013 (Isnin)

Majlis penutup ILoveRasul disempurnakan oleh Pengarah CENSERVE, Ustaz Dato' Hamidon. Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia dan pemberian cenderamata, sumbangan kepada keluarga angkat dan mereka yang banyak menyumbang menjayakan program ini. Perjalan pulang ke UIA pada jam 11 pagi.

Add caption

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment