-->

Program Semester Pendek

AKHI Club telah mengadakan dua kem kepada adik-adik sepanjang bulan 6 dan 7 yang lalu iaitu AKHI Survival Mentoring Camp(26-28 Jun) dan AKHI Ramadan Camp(26-27 Julai).

Ramai daripada mentor AKHI yang tidak mengambil semester pendek dan menjalani latihan industri namun tidak menjejaskan program kerana ada yang sanggup turun secara sukarela.



AKHI Survival Mentoring Camp bertujuan untuk mendidik adik-adik mentee supaya pandai berdikari semasa ketiadaan ibu bapa di rumah. Turut diselitkan pada program ini praktikal sembelihan dengan menggunakan ayam. Program ini juga merupakan gabungan bersama mentoring ke-5.



AKHI Ramadan Camp pula bertujuan untuk memberi penekanan kepada adik-adik tentang kelebihan bulan-bulan Ramadan dan amalan-amalan sunah. Selain itu ibu bapa adik-adik juga dijemput bersama berbuka puasa pada program ini sambil mendengar masalah yang dihadapi dan harapan mereka kepada Kelab Akhi untuk anak-anak mereka




Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment