-->

AKHI Club Gold Training 2013

AKHI Gold Training telah diadakan pada 13 dan 14 September 2013 bertempat di D' Sungai Lepoh Chalet & Kem,Kg. Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Seramai 60 peserta terdiri daripada mentor AKHI, AKHI Mentor Jr. dan Trainer telah menjayakan program ini

Peserta mula berkumpul di tangga besar UIA seawal jam 2.45 petang selepas Solat Jumaat menunggu bas dan tiba di D' Sungai Lepoh pada jam 5 petang.

Program dimulakan dengan Majlis Perasmian dan diteruskan dengan sesi 'Ice Breaking'. Sebanyak 6 kumpulan dinamakan dengan nama sahabat Nabi yang setiap satunya mempunyai ahli seramai 6 hingga 7 orang. Semua dikehendaki memanggil nama gelaran keluarga seperti Ayah, Ibu, Along, Angah, .dsb di dalam kumpulan mengikut umur sepanjang program berlangsung.




Program diteruskan dengan sesi Group Dynamic selepas solat Maghrib dan Isya' berjemaah. Tazkirah maghrib disampaikan oleh Sdr. Shahidan dan sesi tilawah diadakan sementara menunggu azan Isya'.

Hari Kedua

Hari kedua dimulakan dengan Qiamullail dan Solat Subuh berjemaah. Tazkirah subuh disampaikan oleh Sdr. Hadi dan tilawah sebelum bersarapan dan meneruskan Group Dynamic 3 yang dikendalikan oleh Sdri Qursiah.



Selesai solat dhuha, peserta diberi peluang untuk berehat membersihkan diri dengan bermandi-manda di sungai berhampiran selama satu jam setengah sebelum menyambung aktiviti.

Group Dynamic terakhir bermula pada jam 2 hingga 4 petang bertemakan "AKHI Mock Mentoring". Mentor-mentor dikehendaki mencipta satu modul mengikut kreativiti masing-masing.

Mentor-mentor juga diberi peluang untuk mencipta 'tepuk-tepuk' AKHI yang baru dan dimenangi oleh kumpulan "Abu Bakar"


Program diakhiri dengan Majlis Penutup dan sesi fotografi sebelum bertolak pulang ke UIA.

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment