-->

2014 - Get Together Session



Alhamdulillah, pada 6 Mac 2014, AKHI Club telah berjaya menyempurnakan program  'Get Together Session" yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal mentor tentang AKHI Club dengan jayanya. Terima kasih kepada semua bakal-bakal mentor AKHI yang sanggup berjalan jauh ke program kami dan meluangkan masa lebih kurang 2 jam untuk bersama-sama dengan AKHI Club pada malam tersebut.

Pengerusi Majlis yang ceria dan menghiburkan
Wajah bakal-bakal mentor AKHI yang ceria

Program dimulakan dengan bacaan doa, Asmaul Husna dan lagu Wawasan AKHI. Kemudian sesi penerangan dan perkongsian mengenai AKHI oleh Presiden AKHI Club, Muhammad Hadi dan diteruskan dengan sesi perkenalan dengan barisan pimpinan AKHI. 
Presiden AKHI memberikan taklimat tentang AKHI Club
Barisan trainers AKHI memperkenalkan diri dan jawatan masing-masing
Kemudian program diteruskan dengan pembentangan modul oleh Head Board of Module, Fatimah Zahrah sebelum diteruskan dengan penjelasan mengenai training dan faedah yang bakal diperoleh apabila menyertai AKHI Club oleh Head Board of Mentor. Ahmad Fahmi serta sedikit pemberitahuan tentang pemakaian AKHI semasa sesi mentoring,medium yang boleh digunakan oleh para mentor untuk mengetahui sebarang perkembangan program oleh Head Multimedia Unit ,Muhammad Nor Wazien .

Pembentangan modul sepanjang 2014 oleh Head Board of Module

Head Board of Module memberikan penjelasan kepentingan dan jenis training dalam AKHI Club 

Penerangan oleh Head Multimedia Unit tentang media sosial AKHI 

Semoga kita bertemu lagi untuk program AKHI yang akan datang dan Salam Perkenalan daripada AKHI Club :)



Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment