-->

2014 - BRONZE Training

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk menikmat kehidupan ini, semoga mentor AKHI sekalian berada dalam keadaan ceria dan sihat sentiasa.

Pada 9/3/2014 bertempat di UIAM, ECONS LT 2, AKHI Club telah mengadakan, Bronze Training, sebuah program tahunan yang diadakan untuk para mentor sebagai persediaan bagi mereka untuk menjadi mentor kepada mentee-mentee daripada Sekolah Kebangsaan Setapak Indah dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Selain untuk melatih para mentor, program ini juga diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi ukhwah antara mentor-mentor baru dan lama .Oleh itu, kebanyakan aktiviti  dijalankan secara berkumpulan bagi memupuk nilai kerjasama dalam kalangan mentor. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program ialah :
Mentor melakukan 'Senaman AKHI Hok Aloh ' sebagai tarikan kepada mentee semasa sesi mentoring 


GD 1 ( Communicate Better) : Mentor diberi pendedahan tentang keberkesanan komunikasi dua hala
GD 2 ( Knows Better) : Sebelum main2, kene kenal dulu ahli kumpulan kita....Nama saya....eh :D
                    
                                GD 3 (Teamwork)  : Modul yang memerlukan kerjasama dan kesefahaman antara mentor...
Haha...ketua sedang memberi signal gaya kepada anak buah untuk melawan kumpulan lawan .....
GD 3 ( Teamwork) : Teng Teng Jama'ie......Haha... :D

Yeay...kamilah 'builder' yang berjaya.... Tengoklah menara daun kering kami :D *Peace*

Terima kasih kepada warga dapur AKHI....nyum2,sedap keropok,telur goreng pun..
* Nak resepi * :D

Itulah ragam-ragam mentor kita di Bronze Training. Harap semuanya seronok dan objektif program ini tercapai.Semoga latihan yang diberikan dapat di manfaatkan bukan sahaja dalam Akhi Club malah untuk semua program yang anda sertai. Moga-moga gabungan kita bersama mampu membawa Akhi Club mencapai visi dan misi. Semoga dengan latihan ini mampu memberi gambaran kepada mentor-mentor How to handle mentoring nanti!

Ini saja untuk post kali ini, kite jumpa lagi di First Mentoring ye rakan-rakan sekalian. kali ini kita akan bersama mentee-mentee yang comel. Jom sama-sama memeriahkan Akhi sambil belajar dan mengajar adik-adik mentee kita nanti. Semoga dakwah kita mendapat nilaian di mata Alah dan diberkati. Ameeen.

  




Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment