-->

2014- IIUM Humanitarian Night

IIUM Humanitarian Night merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Censerve untuk memberi pengiktirafan kepada kelab-kelab sukarelawan di UIA termasuk AKHI Club. Program ini telah berlangsung di Cultural Activity Centre (CAC), UIAM pada 4 Mac 2014.

AKHI juga turut serta menghias dan menyediakan booth untuk tatapan para pengunjung dan VIP sebagai tarikan kepada pengunjung  untuk menjadi mentor  AKHI Club semasa IIUM Humanitarian Expo.





Alhamdulillah,setelah sekian lamanya dan setelah pelbagai rintangan yang dilalui sepanjang tahun 2013 ,akhirnya muncul pelangi buat AKHI Club pada malam tersebut dimana  salah satu program AKHI Club, iaitu Survival Camp telah berjaya memenangi anugerah 'Best Mentoring Program" daripada 5 program terbaik  yang tercalon dan daripada beratus program CENSERVE sepanjang tahun 2013. Alhamdulillah syukur. Semoga dengan kemenangan ini akan terus memberi semangat dan inspirasi buat seluruh keluarga AKHI untuk terus memberikan yang terbaik buat adik-adik mentee AKHI.

Tahniah diucapkan untuk semua !




   

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment