-->

2014 - [2nd Mentoring] Skillful Kids

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog AKHI yang dikasihi...

Alhamdulillah. Pada 25 - 27  April 2014 bertempat di "Taman Ilmu dan Budi" yang tercinta,UIAM, telah berlangsung siri mentoring AKHI yang pertama untuk tahun ini yang bertemakan " Skillful Kids". Program ini telah disertai oleh adik2 mentee baru daripada dua buah sekolah  yang tidak asing lagi iaitu SK Bandar Baru Sentul dan SK Setapak Indah. Tidak lupa juga adik-adik AKHIMEN daripada SMK Bandar Baru Sentul. Selamat datang ke UIA abang-abang dan kakak-kakak ucapkan.... :) :D
Wajah2 baru adik mentee 2014...Comel je semua ^_^
Baiklah,untuk mentoring kali ini adik-adik mentee telah didedahkan mengenai kepentingan mempunyai beberapa kemahiran hidup seperti menjahit,memasak dan seni pertahanan diri. Jom tengok gambar untuk mengetahui dengan lebih lanjut aktiviti2 yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan kita.Tetapi sebelum aktiviti diteruskan, adik2 mentee telah diberikan kakak2 dan abang2 angkat  sebagai tempat rujukan adik-adik dan untuk merapatkan hubungan antara mentor dan mentee.

                                                            
                                                            
                                                  Wajah-wajah gembira saat disatukan..Haha ^_^

Tekunnya adik  menjahit ye adik...

Lepas dah jahit,kita hias pula 'keychain' kita....
Tadaa....siap pun akhirnya ...Cantik2 semuanya Lepas ni boleh la buatkan hadiah untuk kawan2....
Baiklah, jahit dah pandai, sekarang ni kita tengok pula kemahiran adik2 mentee dalam memasak....Menu kita pada hari ini ialah 'Apam Polkadotdot'....Haha...Secara keseluruhan penilaian oleh chef2 AKHI,semua kata sedap....Tahniah kepada adik2....

Sebelum buat kuih, kita buat adunan dia dulu.....^_^

Kemudian,kita letak pewarna sikit bagi warna warni.....^_^
Dah letak warna-warna semua,kita tuangkan dalam cup2 yang telah disediakan.....
Dan akhirnya...apam2 pun siap untuk dikukus dan makan...yummy!!
Sekarang ni,dah pandai masak dan jahit semua,adik-adik mentee juga harus pandai mempertahankan diri bila berhadapan dalam situasi yang mencemaskan dan boleh membahayakan nyawa adik2. Jadi dalam modul ini,adik2 mentee telah diberikan pendedahan asas kepada ilmu seni mempertahankan diri "karate"...haiyakkk!!!hek!!!

     
Yeah..tendang tinggi2....!!!
Tumbuk kuat2....!!!! dush2.... ^^
Pada mentoring kali ini juga,  barisan pimpinan baru Kelab AKHI Jr. yang terdiri daripada adik-adik SK Setapak Indah dan SK Bandar Baru Sentul telah diperkenalkan. Akhir kalam,semoga adik2 semua mendapat manfaat daripada aktiviti kita sepanjang tiga hari dua malam tersebut dan jumpa lagi pada mentoring yang seterusnya.....^_^


                                                 

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment