-->

2014 - Silver Training



Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog AKHI yang disayangi. :)
Alhamdulillah, pada kali ini, bertempat di Kem Rimba Tamu Batang Kali Selangor bermula dari 11-13 April 2014, Kelab AKHI telah mengadakan program training yang kedua untuk abang-abang dan kakak-kakak mentor serta adik2 AKHIMEN AKHI yang bertemakan "Event Management & Communicate Better" untuk mengajar teknik komunikasi yang berkesan serta mengajar mentor kemahiran-kemahiran dalam mengendalikan program mentoring. Program yang diadakan selama 3 hari ini telah berjaya mencapai objektifnya. Untuk tahu dengan lebih lanjut ragam dan gimik para peserta sepanjang perkhemahan ini , jom kita tengok gambar  =D
[Nasi Putih+Sayur Paprik] Hidangan makan malam hasil air tangan komiti katering... ^^

Selepas selesai mengisi perut yang kelaparan, modul pertama pun dimulakan....
Knows Better : Mentor2 bertaaruf di dalam kumpulan masing2...
Seperti biasa, Ho' Aloh di pagi hari....*mcm ulik mayang pulak gayanya* Haha....

How To Plan : Mentor2 diajar cara mengendalikan program mentoring dengan bantuan komiti2

Mentor berganding bahu melaksanakan tugas yang telah diberikan



Explorace : Mentee2 melaksanakan arahan yang telah diberikan di setiap checkpoint.

Dan semestinya, kemuncak yang dinanti nantikan dalam program training pada kali ini oleh setiap peserta, mendaki gua.....!!!! Menurut komen para peserta, merupakan pengalaman yang sangat mencabar. Walaupun mencabar dan ada yang mengalami cedera ringan, tetap terlihat wajah2 gembira mentor2 saat pulang dari mendaki meskipun dalam kepenatan.Tahniah semua di atas semangat yang ditunjukkan....









Secara keseluruhannya, apa yang boleh disimpulkan,objektif program kali ini tercapai,Alhamdulillah....Semoga dengan hubungan yang terbina ini akan dapat menarik para mentor untuk bersama dengan AKHI Club untuk setiap program yang dijalankan dan juga,semoga segala ilmu yang telah diterapkan sepanjang modul dijalankan akan dapat digunakan kelak untuk masa hadapan.

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment