-->

2014- CHAMP Mega Mentoring Project

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog AKHI yang dikasihi... :) :D

Alhamdulillah. Pada 20 April 2014, bermula daripada 8 pagi sehingga 4 petang,bertempat di Universiti Islam Antarabangsa telah berlangsung Children Mega Mentoring Project  yang bertemakan " English and Mathematics". Ini merupakan projek mentoring yang terbesar bagi Kelab AKHI kerana merupakan gabungan bersama tiga 'mentoring based-club' di bawah naungan CENSERVE yang lain seperti Kelab Titian Wahyu,Gemilang dan Sendi . Program ini juga turut melibatkan beberapa buah sekolah rendah dibawah kendalian setiap kelab. Pada mentoring ini, para mentee telah didedahkan  tentang kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dan Matematik dalam kehidupan seharian mereka. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut. Jom kita tengok gambar ^_^...

 

Menyambut ketibaan adik-adik di UIA.....

                                           
              
Dan menjadi lumrah bagi setiap kelab sebelum memulakan aktiviti untuk mengadakan senaman berirama bagi melancarkan perjalanan darah dan untuk menghadirkan semangat dalam diri adik-adik sebelum aktiviti diteruskan. Walaubagaimanapun, adik-adik harus dibahagikan mengikut kumpulan terlebih dahulu.Untuk mentoring pada kali ini,adik-adik dibahagikan kumpulan yang terdiri daripada setiap sekolah.Ini bertujuan bagi membentuk ukhwah antara adik-adik dan juga antara para mentor dari setiap kelab. Adik-adik juga diminta untuk mengadakan 'cheers' masing2 sebagai imej bagi kumpulan mereka.

       
     

Modul pertama dimulakan dengan membina bangunan, di mana adik-adik menggunakan bahan-bahan yang hanya boleh diperolehi dengan cara mengadakan jual beli daripada para mentor dengan menggunakan bahasa Inggeris. Berikut adalah hasil binaan daripada adik2 kita. Kumpulan yang terbaik akan diukur melalui kekukuhan bangunan yang dibina. Pelbagai gaya dan bentuk yang dapat dilihat....^_^

   

   

Seterusnya, aktiviti diteruskan lagi pada sebelah petang dengan 'explorace'. Dalam aktiviti ini, kemahiran adik-adik dalam berbahasa Inggeris dan kecekapan mereka dalam menyelesaikan masalah matematik sangat diuji. Pelbagai checkpoint yang telah disediakan dan adik-adik bersama mentor masing-masing dikehendaki untuk menyelesaikan setiap cabaran dalam checkpoint yang telah ditetapkan.

   


   

Kemudian, setelah selesai 'explorace',aktiviti diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya seterusnya sebagai penutup kepada mega mentoring yang pertama. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, diharapkan kolaborasi ini akan berterusan untuk semester yang akan datang dan ukhwah yang terbina juga akan berkekalan selama-lamanya. Sehingga bertemu lagi di mentoring yang seterusnya. In Shaa Allah... ^_^

   

  


Jom saksikan video ini....
http://www.youtube.com/watch?v=M0t7fXQB8ks

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment