-->

2014 - [Mentoring 3] Little Dai'e

 Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog AKHI yang dikasihi... :) :D 
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat hidup yang tidak terhingga ini. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Semoga ibadah puasa pada tahun ini akan membawa seribu kerahmatan dan keberkatan buat kita semua di samping mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. Alhamdulillah juga,pada 11 dan 12 Julai yang lalu bersamaan dengan 13 dan 14 ramadhan 1435 H, telah diadakan kem ramadhan tahunan bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Kem yang bertemakan "Little Dai'e" pada kali ini, lebih menekankan kepada objektif untuk memberi pengetahuan kepada para mentee tentang ciri-ciri seorang pendakwah, melahirkan dai'e berpaksikan Al-Quran serta memberi gambaran dan pengalaman kepada mentee tentang cara untuk mereka berdakwah kepada saudara terdekat dan rakan sebaya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Bayan Quran di mana mentee diminta untuk menghafal sebuah surah dan menyusun potongan surah tersebut di atas kertas, Dengarlah Bintang Hatiku, memberi pendedahan kepada mentee tentang kreativiti dalam penyampaian dakwah meskipun melalui medium hiburan serta Cinta Muka Buku, yang bertujuan untuk mendidik mentee agar bijak menggunakan media sosial sebagai medium dakwah dan menyampaikan menggunakan bahasa yang sesuai.


Bayan Quran














Dengarlah Bintang Hatiku















Cinta Muka Buku













Mengenali Ciri-Ciri Pendakwah
















Silang Kata : Mendidik mentee agar tahu menggunakan penulisan sebagai medium dakwah yang berkesan.

Selain aktiviti-aktiviti tersebut, turut diadakan sebuah pertandingan bertemakan "AKHI Bintang Mukmin" di mana para mentee telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan jenis persembahan untuk dipersembahkan pada malam tersebut. Dengan bimbingan daripada mentor,mentee dikehendaki untuk menghasilkan sebuah persembahan yang mempunyai unsur dakwah dan nasihat kepada penonton. Pertandingan tersebut  turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa mentee sebagai yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara para mentor dan ibu bapa mentee serta memberi peluang kepada mentee untuk mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari sepanjang program dijalankan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan semuanya terhibur dengan persembahan yang disampaikan. Majlis ditutup dengan sesi penggambaran dan penyampaian hadiah seterusnya majlis berbuka puasa beramai-ramai dan solat berjemaah.

Juara AKHI Bintang Mukmin





Kenangan Ramadhan bersama mentee  

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment