-->

2014 - EXTRAORDINARY GENERAL MEETING [EGM]


Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya, dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya. 
                                                                                       (H.R. Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi ).


Pada 18 September 2014, telah diadakan sebuah mesyuarat khas "Extraordinary General Meeting" bagi mengumumkan pelantikan Presiden baru bagi Kelab AKHI. Mesyuarat turut dihadiri oleh Penasihat Kelab AKHI, Pn. Nor Aminah Bt. Kostor, pegawai CENSERVE, Br. Razali Sudin, mantan Presiden AKHI, Br. Muhammad Nur Fadzly serta beberapa orang Presiden dari kelab CENSERVE yang lain. Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam ini diakhiri dengan penyerahan jawatan oleh Br. Muhammad Hadi B. Ahmad Nadzri kepada Br. Shahrul Affandi B. Baharin sebagai Presiden Kelab AKHI bagi tahun 2014/2015. Semoga dengan pelantikan baru ini akan meneruskan perjalanan dan memartabatkan lagi kelangsungan legasi Kelab AKHI selari dengan objektif utama kelab ini. In Shaa Allah.







Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment