-->

2014 - GOLD TRAINING

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah S.W.T. Setelah berlangsungnya mesyuarat khas bagi pelantikan Presiden Kelab AKHI baru-baru ini, Kelab AKHI memulakan perjalanannya untuk semester ini dengan program pertamanya Gold Training yang bertemakan "Change Yourself, Change The World". Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk mendidik para mentor menyumbangkan idea dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah, mengasah kemahiran kepimpinan dan keyakinan diri para mentor semasa bersama adik-adik mentee dan menggilap potensi para mentor ke tahap yang lebih tinggi. Pelbagai modul telah disusun sepanjang dua hari program ini dijalankan. Setibanya di Kem Semanggul PTS, aktiviti dimulakan dengan "Ice Breaking" dan para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan. Aktiviti diteruskan lagi dengan modul pertama untuk program kali ini "Know Your Mentee". Modul ini bertujuan untuk melihat kebijaksanaan dan kemahiran para mentor dalam mengendalikan para mentee di dalam kumpulan.Para mentor dari setiap kumpulan telah diminta untuk mengenal pasti karakter-karakter adik-adik mentee yang dilakonkan oleh para trainer dan mereka dikehendaki untuk mengendalikan keadaan-keadaan adik-adik mentee tersebut dengan sebaiknya.
Modul seterusnya "Amazing City" diadakan pada keesokan pagi. Modul ini bertujuan untuk menguji kepimpinan ketua kumpulan dalam mengendalikan ahli kumpulan mereka dan kerjasama dalam sesebuah kumpulan. Bermacam-macam ragam dan gaya dapat dilihat, serta cabaran yang ditempuh dalam melaksanakan misi yang diberi. 
                                     

                                     




< Modul terakhir untuk program kali ini, secantik namanya "Gold Debate". Modul yang paling mencabar dan bertujuan untuk menguji keyakinan diri para mentor berkomunikasi di khalayak ramai dan dalam menyumbangkan idea mereka. Selain itu,modul ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para mentor tentang kepentingan komunikasi secara dua hala semasa bekerja bagi mengelakkan dari berlakunya masalah persefahaman yang boleh menjejaskan kelancaran program.


Program kali ini merupakan antara latihan yang paling penting bagi para mentor daripada tiga siri latihan sebelum ini kerana ia merangkumi latihan awal dalam menguji kemahiran peserta sebagai seorang mentor dan sebagai seorang trainer. Semoga para mentor mendapat manfaat dan input dari setiap modul dan aktiviti yang telah dijalankan dan dapat diaplikasikan pada mentoring-mentoring yang akan datang. Jumpa lagi di mentoring  minggu ini. Assalamualaikum w.b.t ;)


Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment