-->

2014 - [Mentoring 4] Junior Professor


Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah S,W.T. Pada 7 hingga 9 November 2014, bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, telah diadakan siri prograngkatkan penguasaan mentee dalam Bahasa Inggeris dan Matematik, membangunkan kreativiti para mentee dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan Bahasa Inggeris dan Matematik serta menggalakkan mentee berbahasa Inggeris dan menggunakan Matematik dala
ot; , sans-serif; font-size: 13px;"> Antara modul yang dijalankan sepanjang mentoring ini ialah Spell It Right, Dam Ular, Explore BiMath dan Dancing Words. Modul pertama dimulakan dengan Spell It Right " ,yang tertera pada kotak nombor yang dipilih dan kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul akan diberikan sticker. Pemenang akan dikira daripada kumpulan yang terawal menyelesaikan BINGO.
Modul kedua iaitu Dam Ular, bertujuan untuk memberi gambaran kepada mentee bahawa matematik bukanlah subjek yang susah dan membosankan. Pelaksanaan modul ini sama seperti permainan dam yang biasa dilihat, di mana mentee perlu menjawab soalan mengikut kategori soalan yang tertulis di atas papan dam dan menyelesaikan masalah matematik tersebut menggunakan batang aiskrim atau lidi.

Modul diteruskan lagi dengan Explore BiMath yang terdiri daripada enam checkpoint seperti wordsearch, puzzle, missing money iaitu mencari barang-barang yang telah dilekatkan harga sehingga jumlah yang ditetapkan cukup, pregnant balloonmencucuk belon yang digantung kemudian menyebut nombor yang terdapat dalam belon tersebut dan operation bisumenggayakan persamaan kepada ahli kumpulan yang lain dan menjawab persamaan tersebut dengan betul.
Modul terakhir, iaitu Dancing Words pula bertujuan memberi gambaran kepada mentee bahawa bahasa Inggeris merupakan subjek yang menyeronokkan dan menghiburkan. Justeru, setiap kumpulan diberikan lirik lagu yang berlompong-lompong, dan mereka akan diperdengarkan dengan lagu tersebut dan mengisi tempat kosong. Kemudian, mereka dikehendaki mempersembahkan lagu tersebut dengan gaya tersendiri di hadapan ramai.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan semuanya terhibur dengan persembahan yang disampaikan. Majlis ditutup dengan sesi penggambaran dan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan.



Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment