-->

2014- Al-Fateh Mentoring Camp 5 (Dream High)

           
Kem Mentoring Al-Fateh ke-5 telah diadakan di UIAM pada 5, 6 dan 7 haribulan Disember 2014.Bertemakan 'Dream High', kem mentoring kali ini memberikan pengkhususan total kepada pemahaman konsep cita-cita dan impian dan penerangan tentang hala tuju kehidupan. Melalui aktiviti dalam kumpulan, serta permainan-permainan menarik, adik-adik mentee didedahkan kepada bidang-bidang perkerjaan, halangan dan cabaran untuk mencapai impian, serta kaedah dan persediaan untuk menangani cabaran tersebut.

Modul kerohanian juga turut disertakan agar para mentee memiliki keseimbangan dalam mengejar cita-cita duniawi dan ukhrawi. Sedar tidak sedar, ini merupakan program kem mentoring yang terakhir bagi sesi 2014. Majlis penutup kem kali ini disertai penyampaian sijil kepada para mentee dan tayangan video kompilasi program-program kem mentoring sepanjang tahun ini. Sesi bersalaman turut menjadi pelengkap majlis.

Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment