-->

AKHI NIGHT OF VISION 2016

AKHI NIGHT OF VISION 2016


Segala puji-pujian hanya bagi Allah, 

Program Akhi Night of Vision telah berakhir dengan jayanya seperti yang dirancang. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kami dari Akhi Club amat berbesar hati untuk menerima kedatangan para mentor baru yang akan membantu kami untuk mencapai motto "Towards The Excellence of Islamic Generation". Objektif utama program Akhi Night of Vision ini adalah untuk mengeratkan ukhuwwah antara mentor baru dan mentor lama serta memberikan pendedahan tentang perkara-perkara yang utama semasa program mentoring dijalankan kepada mentor baru. Selain itu, forum juga telah diadakan yang sedikit sebanyak membantu mentor-mentor baru untuk memperoleh tips-tips yang berguna dan diaplikasikan semasa kem mentoring sedang dijalankan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan mengorak langkah demi membina umat Islam yang cemerlang. Semoga berjumpa lagi di program akan datang.


Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment