-->

AKHI CLUB AGM 2016/2017


AKHI CLUB AGM 
2016/2017

Alhamdulillah...
Dengan izin Allah s.w.t, 6 Disember 2016 menjadi tarikh bersejarah dalam kalendar Akhi Club. Annual General Meeting (AGM) telah mengakhiri segala program Akhi Club sepanjang tahun 2016 iaitu majlis perlantikan dan penyerahan watikah bagi tenure baharu 2016/2017.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada trainers yang bakal menyambung legasi Akhi Club. Semoga anda semua dapat melaksanakan amanah yang diturunkan sebaik mungkin dengan melakukannya bersungguh-sungguh demi kelab yang tercinta ini. Kepada bekas trainers 2015/2016, anda sentiasa menjadi keluarga kami dan kekal dalam ingatan kami sepanjang masa. Akhi Club amat menghargai pengorbanan dan jasa anda semua yang tidak ternilai harganya.
Akhir kata, semoga segala usaha kita akan memberatkan timbangan mizan di akhirat nanti. Inshaa Allah.







 😊


Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment