-->

AKHI DYNAMIC SKILL ENHANCEMENT 1.0

AKHI DYNAMIC SKILL ENHANCEMENT 1.0 



Semaian ilmu tuaian budi,
Pemolek hati penghias tingkah,
Siri latihan anjuran AKHI,
Membuku input menyulam ukhuwah.
...........................................................................
Alhamdulillah, sungguh ketetapan Ilahi ini melibatkan kita semua menjadi saksi utama. Terima kasih dan tahniah kepada semua individu hebat yang terlibat dalam menjayakan program latihan siri pertama, AKHI Dynamic Skill Enhancement 1.0.
Catatan diari AKHI bertarikh 23-24 April 2016 tersisip plot-plot signifikan berwatakan mentor-mentor. Bukti sahih pada lampiran foto-foto di bawah menyokong dakwaan isu program terlajak mantap!
Semoga segala yang baik dapat kita sama-sama teruskan. Sama ada dengan pengaplikasian lahiriah atau dengan pengajaran langsung.
Maaf dipinta atas semua yang dirasakan kurang. Sungguh tiada kesempurnaan dalam apa jua usaha bagi insan biasa.
InsyaAllah permulaan di Taman Layang-layang bakal bertemu sambungan di taman hati. Wah.
Jumpa di program akan datang.
- Love, AKHI Club wink emoticon









Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment