-->

Training of Trainers Phase 2 (2016)

Training of Trainers Phase 2 
(2016)

Segala puji bagi Allah yang mentadbir seluruh alam, ini ialah kali pertama kami berprogram di Sekolah Kebangsaan Taman Samudra sekama 2 hari 1 malam. Sudah semestinya kami dapat merasakan perasaan gemuruh dan teruja muncul dalam diri kami sendiri. Tetapi perasaan ingin berjumpa dan ingin memberi semangat kepada adik-adik mengatasi segalanya. Adik-adik merupakan pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR 6 bulan lagi. Kami juga telah diberikan layanan serta sokongan padu dari cikgu-cikgu sekolah. Mereka meletak harapan setinggi gunung agar kami dapat meningkatkan motivasi adik-adik. Kami berharap agar adik-adik dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperolehi dari program ini untuk menempuhi peperiksaan yang penting di alam sekolah dengan berbekalkan semangat yang tinggi. Bak kata pepatah 'buang yang keruh, ambil yang jernih. Pepatah Inggeris mengatakan 'one of the toughest experience to go through, is to be someone's strength while you're at weakest. Terima kasih SK Taman Samudra.




Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment