-->

Bronze Training AKHI 2017

Training kali ini memfokuskan kepada ukhwah atau tali persahabatan antara kesemua yang hadir. Alhamdulilah penyertaan kali ini sangat memberangsangkan. Semuanya hebat-hebat.

Ini baru permulaan. Garisan penamat itu masih samar jauh kehadapan. Kamu boleh pergi seorang diri tapi boleh jadi kamu leka lalu besar kemungkinan akan sesat. Dan bila sesat, antara yang kamu boleh harapkan adalah ada orang yang akan menunjukkan dan memperingatkan jalan yang benar. Dan jika bersama, setiap itu selalunya pasti melengkapi sepanjang perjalanan ini inshaAllah.

Saat meletakkan diri dalam keadaan begini, ini menandakan anda semua sedia untuk berbakti. Bersedia lalu cuma tinggal untuk melaksanakan sahaja secara berterusan dan sabar. Bersedia berkorban masa dan tenaga untuk sesuatu yang bermakna.

Kata Hamka “Rasul itu sendiri dalam menyiarkan cita-cita dan pengajarannya, telah menguburkan segenap kesenangan dirinya untuk kebahagian orang lain. Untuk masyarakat seluruhnya” (Lembaga Hidup p229)

Segan mungkin pada diri ini, selama ini apa sahaja yang telah kita sumbang untuk masyarakat. Kita sering membanggakan zaman kegemilangan lampau tanpa melihat kepada realiti zaman yang sebenar. Tentang masyarakat yang semakin tenat. Tentang waktu yang semakin singkat.

Mungkin lepas ini kamu bisa tersenyum. Memandang ke kiri dan kanan dengan adanya bantuan dan harapan. Memandang kehadapan dengan perkara jelas dan kebelakang meninggalkan jauh segala perkara sia-sia yang selama ini kita telah habisi.

Marilah bersama. Kita bersama menguatkan antara satu sama lain. Memperingat antara satu sama lain. Kerana manusia ini senang lemah bila sendiri, kuat bila bersama, senang lupa bila sendiri, ingat bila bersama.

Jumpa lagi.




Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment