-->

AL FATEH MENTORING CAMP 1 : FRIENDSHIP IS MAGIC (2017)

200 PhotosUpdated 7 days ago
AL FATEH MENTORING CAMP 1 : FRIENDSHIP IS MAGIC 
31 MARCH-2 APRIL 2017 
SK TAMAN SAMUDRA 

Alhamdulilah untuk yang pertama ini, “Friendship is Magic” berjaya untuk dijalankan. 

Betapa pentingnya hubungan kawan ini yang akan membawa kita kepada masa depan yang kita pilih. Yang akan menunjukkan dan mempengaruhi kita dalam banyaknya pergerakkan. Yang bisa menentukan tingkah laku buruk atau baik menghiasa luaran dan dalaman. 

Besarnya maksud setiap muslim itu bersaudara. 

Apa yang cuba kami terapkan adalah kepentingan muslim itu sendiri. Belajar sedikit demi sedikit nilai-nilai islam, kisah-kisah menginspirasi dan peringatan tentang perkara yang sering dilupai. 

Kemudiannya, untuk yang ini, bagaimana persaudaraan yang baik itu boleh diterapkan dalam diri adik-adik. 

Bila memandang rakan-rakannya, mereka dapat merasakan seperti rakannya itu saudara mereka sendiri. Bila bergaul dengan rakannya, mereka dapat memberikan apa yang terbaik mereka boleh beri. Dan bila ketiadaan rakannya, perasaan rindu serta ingin tahu tentang khabar baik rakannya itu muncul. 

Kami berharap agar hubungan baik akan terus tercipta. Kalau bukan terus sekarang, perlahan-lahan pun tidak mengapa. 

“Kamu tunjukkan rakan kamu, aku akan tunjukkan kamu kemana kamu akan pergi” oleh Marc Mero.










































Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment