-->

AL FATEH MENTORING CAMP 2 : MASTER JUNIOR (2017)

JOM KITA THROWBACK KESERONOKAN AL FATEH MENTORING CAMP 2 YANG BERTEMAKAN MASTER JUNIOR!!

Kem Mentoring Al-Fateh 2: MASTER JUNIOR
Tarikh: 5&6 Mei 2017
Tempat: Bangunan education,UIAM

Alhamdulillah, Kem Mentoring Al-Fateh 2 telah berjaya diadakan dengan bertemakan Master junior.

Kem Mentoring Al-Fateh 2 memfokus tentang dua kemahiran dalam kehidupan iaitu kemahiran memasak dan kemahiran menjahit.

Nilai Akhi 1 adalah slot modul di mana objektifnya ialah untuk mengajar mentee tentang kemahiran menjahit.

Dalam slot ini, mentee diberikan perca kain, jarum dan benang untuk menjahit bantal Akhi. Aktiviti ini dipantau oleh mentor.

Nilai akhi 2 memfokuskan tentang kemahiran memasak di mana ia mengajar mentee untuk memasak dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.

Semoga dengan sedikit ilmu dan perkongsian dari kami dapat memberi manfaat kepada mentee pada masa hadapan.

Kakak Dayana sedang memberi penerangan kepada adik-adik
Barisan SU kita yang sangat mantap, Alya dan juga Nadiah. Syazana di tengah adalah modulator.
Kakak Wawa sedang memberi penerangan seusai adik-adik baru sampai dari sekolah.
Abang Ibad dan Kakak Dayana program koordinator sedang memulakan ice breaking
Malam muhasabah mengenai solat
(Kakak Miji dan Kakak Najihah)
Persiapan pelakon
Usrah Akhi: Buku Nota Akhi
Modulator: Nur Syazana
Nilai 2: Menjahit
(Abang Ammar)
Adik sedang tidur ke menjahit tu...
Bagus kakak tolong adik
Adik ni tekun sekali memasukkan benang dalam jarum
Hebat, sambil menjahit, rileks je bersembang.
Ketua MMU kita kali ini sangat fokus
Nilai 2: Memasak
(Kakak Afiqah dan Abang Haziq)


Share this:

CONVERSATION

2 comments :