-->

DOA NABI MUSA

Dalam dunia ini penuh dengan peristiwa pengorbanan.

Selalunya ia dapat memberikan semangat kepada yang lainnya untuk melakukan sesuatu perkara yang menuntut untuk kita korbankan sesuatu juga.

Pada ketika pengorbanan itu berlaku, kita juga diuji untuk meneruskan segala apa yang kita telah yakini atau kita lepaskan sahaja pengorbanan itu pergi kemudian boleh untuk kita bersenang lenang sendiri.

Apa yang mungkin kita tidak sedar, segala suka duka, kepenatan, jerit pedih yang kita lalui sebenarnya telah menjadikan kita lebih baik daripada apa yang sebelumnya.

Setelah semua itu berlaku, sedar tidak sedar segala ujian itu telah pun kita lalui, sebahagian besar kepenatan, kesakitan dan kepayahan telah pun kita lupa dan kita mula merasai nikmat kerana telah berjaya untuk mengharungi.

“Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa” (Surah Taha : 9)

Pernahkan kamu mendengar kisah Nabi Musa dan segala pengorbanan Nabi Musa dalam menyebarkan kebenaran.

Ketika Nabi Musa sendiri menerima suruhan daripada Allah untuk berjumpa dengan Firaun demi menyatakan siapa tuhan yang sebenar.

Pada ketika Nabi Musa tidak mempunyai apa-apa yang jelas pada mata orang ramai kekuatan yang boleh mengalahkan firaun, tetapi Nabi Musa tetap yakin jika ini suruhan Allah tiada yang mustahil untuk menyebarkan kebenaran meski dia tahu di hadapannya adalah tentera bersenjata firaun yang sangat gagah, kota yang sukar ditembusi, dan seorang ketua yang sangat licik dan kejam.

Masih ingatkkah kamu satu doa yang sering kamu baca ketika di sekolah sehinggalah sekarang.

Surah Taha: 25-28

Ketika Nabi Musa diarahkan untuk berjumpa firaun kerana firaun telah melampaui batas, di hapadan Nabi Musa adalah musuh yang sangat sangat mengerunkan. Mereka tidak berminat untuk menangkap Nabi Musa tapi mereka lebih berminat untuk membunuh Nabi Musa.

Tetapi Nabi Musa tidak minta kepada Allah supaya diberikan kedudukan, duit, tentera gagah yang ramai atau senjata paling kuat untuk meghapuskan kota firaun atau kenderaan yang boleh membawa dia melepasi tentera firaun lalu berjumpa terus dengan firaun.

Perkara pertama Nabi Musa minta setelah menerima ujian adalah “DILAPANGKAN DADANYA”.

Ini sangatlah penting bagi kita. Bila menerima ujian daripada Allah, perkara pertama perlu kita mohon adalah supaya kita dilapangkan dada.

Kerana orang yang dilapangkan dadanya itu, mereka menerima ujian itu dengan hati terbuka.

Kerana orang yang dilapangkan dadanya itu, mereka tenang, mereka tidak sedih, mereka tidak takut, mereka tidak negatif, mereka tidak mengalah dan menariknya bila kamu berjumpa dengan mereka yang tenang ini kamu juga boleh merasa tenang.

Kerana orang yang dilapangkan dadanya itu, mereka boleh berfikir dengan jelas dalam pelbagai situasi yang melanda tanpa mengambil kira pelbagai emosi yang memusnahkan.

Kedua permintaan Nabi Musa adalah supaya “DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN”.

Dalam ayat ini secara tidak langsung kita tahu siapa sebenarnya yang memudahkan segala urusan kita dan kepada siapa kita perlu meminta pertolongan. Daripada situ juga kita tahu pada permulaan urusan itu memang sukar dan ada yang boleh mempermudahkan segala urusan.

Betapa hebatnya doa yang sering kita baca ini.

Doa yang mana Nabi Musa baca ketika Nabi Musa sedang berdepan dengan ujian yang sangat genting, pengorbanan yang sangat jitu dan kekuatan diri sangat hebat lalu dengan itu Allah permudahkan segala urusannya.

Mesti ingat, jika dalam proses kamu sedang berkorban demi kebaikan dan demi menyebarkan kebenaran, ingatlah kisah Nabi Musa dan juga manfaat doa yang kita sering baca tapi kita tidak tahu betapa hebatnya doa ini dibaca ketika berhadapan dengan musuh Nabi Musa yang sangat kuat sedang diri dilihat tidak mempunyai apa-apa kekuatan yang jelas.

Jangan mudah mengalah dengan sesuatu perkara.

Terima kasih di atas segala jasa-jasa kalian semua yang telah sanggup berkorban demi KELAB AKHI yang tercinta ini daripada awal dahulu sehinggalah sekarang tidak henti-henti.

Telah ramai yang telah sanggup berkorban dan akan datang pula pasti ramai yang akan sanggup berkorban.

Semoga semua dilapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan.

Selamat menjalani peperiksaan untuk semua, semoga semuanya dapat menjawab dengan baik.

Ingat jangan lupa baca doa ini dan ingat bagaimana hebatnya doa ini.

Selamat. :)

Share this:

CONVERSATION

4 comments :