-->

SILVER TRAINING AKHI 2017

Alhamdulillah, tanggal 22 April 2017 kita telah berjaya jalankan Training of Mentors (Silver Training) bertemakan “Teamwork Makes the Dreamwork”. Seiring dengan penekanan tema, capaian objektif kali ini ialah memfokuskan pada kemahiran komunikasi yang baik, keyakinan diri dan juga kerjasama di kalangan mentor.
Alhamdulillah, penyertaan dan penglibatan para mentor amat membanggakan. Sepanjang program berlangsung, dapatlah kami saksikan kerjasama yang baik dari para mentor, keyakinan yang mantap serta daya penarik yang istimewa dimiliki setiap individu.
Yang hadir pasti dapat menyaksikan suasana di mana tidak ada seorang pun yang tidak turut serta. Bermula dari perkongsian idea, perlakuan tugas-tugas sehinggalah setiap individu itu memberi inspirasi dalam memberikan apa-apa sahaja yang mereka mahu ceritakan.
Akhirnya, ditutup dengan segala apa yang berlaku waktu itu, menjadi satu permulaan bagi yang baru, satu semangat meneruskan apa yang akan berlaku, dan satu memori tersimpan dalam kenangan bersama mencipta detik bermakna dalam hidup ini.
Terima kasih semua.
 








Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment