-->

KEMBARA SYAWAL 4.0

KEMBARA SYAWAL 4.0


Alhamdulilah untuk syawal kali ini telah ada beberapa sesi kembara yang dapat dilakukan oleh sekalian ahli dalam keluarga AKHI. Ramai yang terlibat dan banyak juga rumah yang dapat kami ziarahi sepanjang kembara.

Antara kembara yang dapat dilakukan adalah di utara, selatan, pantai timur, Kuala Lumpur dan Selangor. Jumlah keseluruhan 28 rumah yang berjaya kami ziarah dalam kembara kali ini.

Untuk yang pertama, terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah sekalian kerana sudi menjemput kami datang ke rumah dan masakkan masakan yang sedap-sedap untuk kami. Tiadalah apa yang kami boleh balas ketika itu melainkan doa supaya seluruhnya dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Kepada yang turut serta, kehadiran anda dalam kembara kali ini telah menciptakan satu memori yang cukup indah. Masih tiada perkataan dalam kamus untuk menggambarkan betapa gembiranya kami saat kalian sudi untuk bersama-sama dalam kembara ini. Barulah lebih kenal perangai masing-masing dan kita masih ada waktu lagi untuk lebih saling kenal-mengenal.

Di dalam AKHI ini kamu boleh jumpa ramai orang dari banyak tempat di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan sehingga ke Acheh juga. Kita juga sangat beruntung kerana kemana sahaja yang kita pergi, jika kena dengan tempat beberapa mentor, cuma perlu beritahu sahaja, kami tiada masalah untuk saling bantu membantu jika ada masalah atau menjemput untuk ziarah ke rumah.

Manusia paling banyak waktunya itu senang untuk bersama dalam keadaan yang mereka rasa sungguh bertuah memiliki sesuatu yang sangat berharga dalam hidup ini iaitu persahabatan. Semoga persahabatan yang telah kita jalinkan kekal hingga pada saat untuk dinyatakan siapa di antara manusia yang hidup disamping kamu itu banyak menarik kamu ke jalan yang sepatutnya kamu lalui, nama-nama kami terus sahaja dinyatakan pada saat jujur adalah perkara kemestian. Harapnya kita dapat kekal pada jalan yang sepatutnya.

Semoga dengan berkat bulan syawal ini, kita dapat saling bermaaf-maafan dan juga berkenal-kenalan dengan menziarahi antara satu sama lain.

Terima kasih semua.

Putrajaya

Putrajaya
Rumah Aai
(Benut, Johor)
Rumah Nazrin
(Batu Pahat, Johor)

Rumah Ety
(Lenga, Johor)

Rumah Afiq
(Muar, Johor)

Rumah Adi
(Muar, Johor)

Rumah Syikin
(Batu Pahat, Johor)

Rumah Kak Fadhilah
(Tumpat, Kelantan)

Rumah Syafiqah
(Rantau Panjang, Kelantan)

Rumah Natasha
(Kok Lanas, Kelantan)

Rumah Sarina
(Felcra Lubuk Sireh, Perlis)

Rumah Nuha Farhana
(Alor Setar, Kedah)

Rumah Shafizan
(Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah)

Rumah Hafizah
(Langgar, Alor Setar, Kedah)

Rumah Haeqal
(KG Balik Bukit, Chuping, Perlis)

Rumah Abang Fadzly
(Batu Caves, Selangor)

Rumah Najihah
(Greenwood, Selangor)


Rumah Shamilah
(Rawang, Selangor)

Rumah Shaza
(Sepang, Selangor)


Rumah Pak Cik Miji
(Putrajaya, Selangor)
Rumah Najihah Rosmi
(Bangi, Selangor)



Rumah Nadiah
(Bangi, Selangor)

Rumah Miji
(Rawang, Selangor)

Rumah Wahidah
(Bachang, Melaka)

Rumah Kucai
(Selandar, Melaka)

Rumah Kak Aisyah
(Alor Gajah, Melaka)


Rumah Fahmi
(Batu Caves, Selangor)




Share this:

CONVERSATION

0 comments :

Post a Comment